‘LIDI OH LIDI’ : SATU KAEDAH UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELOREK RANTAU
YANG MEMUASKAN KETAKSAMAAN
Faridah Binti Othman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 08200 Sik, Kedah
Darul Aman
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mencari
penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir melorek rantau yang
memuaskan sesuatu ketaksamaan. Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 Al Farabi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik dan seorang guru telah terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan
murid, temu bual bersama murid, Ujian Topikal 1 dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan murid kurang mahir melukis garis dan melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah ‘Lidi oh Lidi’. Tiga aktiviti telah
dijalankan iaitu senaman orang lidi, main-main lidi berwarna dan ujian kendiri Guna
Apa Saja (GAS) bertujuan meningkatkan kemahiran melukis garis
lurus dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. ‘Lidi oh Lidi’ adalah nama
lain bagi ‘ line (garis), draw (lukis) dan inequalities
(ketaksamaan). Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan min ujian pra iaitu 7.7 kepada 14.25 bagi ujian pasca. Hasil kajian menunjukkan
kaedah ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran melukis dan melorek
rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan cepat dan tepat.
Cikgu, kenapa tak dapat view gambar aktiviti? Boleh minta tlg cikgu tunjukkan gambarajah supaya lebih jelas ttg aktiviti yg dijalankan, TQ!
ReplyDelete