‘LIDI OH LIDI’ : SATU KAEDAH UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELOREK RANTAU
YANG MEMUASKAN KETAKSAMAAN
Faridah Binti Othman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 08200 Sik, Kedah
Darul Aman
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mencari
penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir melorek rantau yang
memuaskan sesuatu ketaksamaan. Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 Al Farabi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik dan seorang guru telah terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan
murid, temu bual bersama murid, Ujian Topikal 1 dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan murid kurang mahir melukis garis dan melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah ‘Lidi oh Lidi’. Tiga aktiviti telah
dijalankan iaitu senaman orang lidi, main-main lidi berwarna dan ujian kendiri Guna
Apa Saja (GAS) bertujuan meningkatkan kemahiran melukis garis
lurus dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. ‘Lidi oh Lidi’ adalah nama
lain bagi ‘ line (garis), draw (lukis) dan inequalities
(ketaksamaan). Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan dengan
peningkatan min ujian pra iaitu 7.7 kepada 14.25 bagi ujian pasca. Hasil kajian menunjukkan
kaedah ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran melukis dan melorek
rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan cepat dan tepat.
1. REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Murid-murid Tingkatan 5 Al Farabi
terdiri daripada murid yang sederhana dan lemah pencapaian subjek Matematik. Berdasarkan pemerhatian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, saya dapati majoriti murid kelas ini tidak mahir topik
graf fungsi II terutamanya sub topik melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan.
Saya menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam buku teks Matematik Tingkatan 5
tetapi murid tidak faham. Saya beralih kepada kaedah yang ditunjukkan dalam
beberapa buah buku rujukan lain, tetapi murid masih tidak faham juga.
Kerisauan saya bertambah apabila keputusan
Ujian Topikal 1 menunjukkan 20% daripada murid Tingkatan 5 Al Farabi gagal subjek
Matematik. Hanya 2 orang murid sahaja mendapat gred A, 3 orang mendapat gred B,
7 orang mendapat gred C, 3 orang mendapat gred D, 1 orang mendapat gred E dan 4 orang murid gagal dalam ujian
tersebut. Saya cuba mengenalpasti punca masalah
dan didapati murid tidak mahir melukis garis lurus y = ax + b dalam bentuk garisan putus-putus ( - - - - -
-) atau garisan penuh ( _________ ) berasaskan ketaksamaan y > ax + b, y
< ax + b, y ³ ax + b dan y £ ax + b. Saya juga mendapati terdapat pelajar yang
kehilangan markah akibat kecuaian. Murid-murid ini mahir melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan tetapi lupa untuk melukis garisan putus-putus.
Walaupun saya memberi lebih banyak
latihan, namun masih terdapat murid yang keliru antara persamaan dan
ketaksamaan, tidak mahir melukis garis dan melorek rantau ketaksamaan. Ada
juga antara mereka yang tidak mahu berfikir
dan tidak menjawab soalan latihan yang diberikan. Kelemahan ini mungkin bepunca
daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik dan murid kurang berminat terhadap
sub topik ini.
Berikut adalah contoh-contoh
kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam Ujian Topikal 1.



2. FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, satu kajian telah
dijalankan bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi
kelemahan dalam kaedah pengajaran. Sememangnya kemahiran melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan adalah sub topik yang sering diuji dalam soalan Matematik
SPM kertas 2 dan menyumbang sebanyak 3 markah. Jika murid dapat menguasai sub topik
ini, peluang untuk mendapat markah penuh adalah sangat tinggi. Bagi soalan ini,
murid hanya perlu melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan di atas kertas
jawapan dan soalan ini tidak melibatkan sebarang kiraan. Justeru, fokus kajian
ditumpukan kepada melukis garis lurus y
= ax + b sebagai garisan putus-putus (-
- - - - - -) atau garisan penuh (_______) serta tumpuan kepada kaedah pantas
melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan y > ax + b, y < ax + b, y ³ ax + b
dan y £ ax + b.
Saya sedar, masalah ini perlu dikaji
dan tindakan yang sesuai perlu dilaksanakan segera secara efektif. Keazaman yang
tinggi untuk mencatat keputusan 100% bagi subjek Matematik pada setiap kali
ujian dan peperiksaan telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan
ini. Menyedari terdapat murid yang tidak dapat menguasai kaedah yang
dicadangkan dalam buku teks, satu kaedah baru diteroka bagi meningkatkan
kemahiran murid melukis garis lurus dan melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah yang lebih baik dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid belajar
dengan lebih berkesan. Saya sedar bahawa ketidakserasian antara kaedah
pengajaran dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu
gagal dalam subjek Matematik.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran murid melorek
rantau yang memuaskan ketaksamaan .
Objektif khusus
i.
Meningkatkan kemahiran murid melukis garis y = ax + b
ii.
Membantu murid membezakan ketaksamaan linear y > ax + b, y
< ax + b, y ³ ax + b
dan y £ ax + b.
iii.
Membantu guru mengenalpasti masalah murid secara mendalam
iv.
Membantu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya lebih
berkesan.
4. KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini
melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 Al Farabi yang terdiri daripada 9 orang
murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Berikut adalah kaedah yang digunakan
oleh saya bagi mengenalpasti punca permasalah sebenar.:
- Tinjauan buku latihan murid
- Sesi temubual bersama murid
- Ujian Topikal 1
- Ujian Pra
5.2
Analisis Tinjauan
Masalah
1. Tinjauan buku latihan murid
Hasil tinjauan mendapati 80% daripada
keseluruhan murid kelas ini gagal menjawab soalan latihan yang diberikan dalam
kelas. Saya dapati murid tidak dapat melukis garis dan melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan. Kerja murid lelaki juga tidak kemas. Terdapat segelintir
pelajar yang tidak menggunakan pembaris semasa melukis garis lurus.
2. Sesi temubual bersama murid
Guru telah menemubual murid bertanya
apakah punca permasalahan sebenar mereka dalam menyelesaikan soalan latihan dan
punca mendapat markah yang rendah dalam ujian Topikal 1. Jawapan yang diberi
ialah “ tidak faham, cikgu”. Guru berpendapat mungkin kaedah yang ditunjukkan
dalam buku teks sukar difahami murid.
3. Analisis
keputusan Ujian Topikal 1
Melalui keputusan ujian topikal 1,
didapati murid kelas 5 Al Farabi lemah konsep melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan iaitu salah satu sub tajuk penting dalam topik graf tingkatan 5.
Analisis pencapaian murid bagi ujian topikal 1 ditunjukkan dalam jadual 1.
Jadual 1:
Analisis Keputusan Ujian Topikal 1
![]() |
4. Ujian Pra
Memandangkan soalan yang ditanya
dalam Ujian Topikal 1 merangkumi banyak konsep asas tingkatan 5, jadi saya
telah menjalankan satu lagi ujian ke atas murid tersebut iaitu Ujian Pra. Hal
ini memastikan sama ada murid tersebut benar-benar lemah dalam melorek rantau
yang memuaskan ketaksamaan sebelum aktiviti-aktiviti yang dirancangkan akan
dijalankan. Analisis pencapaian Ujian Pra adalah seperti dalam jadual 2.
Jadual 2: Analisis Pencapaian Murid
Bagi Ujian Pra

Berdasarkan analisis Ujian Pra jelas
menunjukkan bahawa 100.00% murid dalam kelas tersebut hanya mampu mendapat
markah kurang daripada 15. Soalan yang dikemukakan dalam ujian pra ini diambil
daripada Ujian Topikal 1 yang telah dibincangkan serta soalan percubaan
negeri-negeri dan soalan SPM tahun tahun lepas.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Aktiviti 1: Senaman Orang Lidi
Setiap murid diberikan sehelai kertas
A4 putih dan murid dikehendaki melukis graf linear y = k, x = h dan y = ax + b
pada kertas A4. Seterusnya, guru meminta murid melukis gambar orang lidi melakukan
pergerakan tangan atau pergerakan kaki menyerupai garis lurus y = k, x = h dan
y = ax + b . Murid digalakkan mewarna lukisan mereka supaya nampak lebih cantik.
Guru juga meminta beberapa orang murid
melukis pada pada papan tulis. Seterusnya, guru dan murid sama-sama
bersenam seperti orang lidi yang telah dilukis.


Murid melukis gambar orang lidi di
atas kertas A4
Pemerhatian
Murid kelas ini menunjukkan pelbagai
reaksi apabila guru mengumumkan langkah aktiviti 1. Kebanyakan murid seronok
dengan aktiviti ini. Lukisan orang lidi ini membantu murid mengingati bentuk
garis lurus dengan lebih mudah. Pada mulanya murid perempuan malu-malu semasa
melakukan aktiviti senaman.
Refleksi
Aktiviti ini telah menarik perhatian
murid. Mereka menjalankan aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Kelainan
aktiviti yang dijalankan berbanding sebelum ini memberi impak yang besar kepada
murid.
Aktiviti 2 : Main-main Lidi Berwarna
Saya memulakan aktiviti 2, saya telah
menyentuh perihal kepentingan warna dalam kehidupan. Saya pernah membaca satu
artikel yang menyatakan manusia “People are 80% more likely to remember what
they read if it’s in colour’’. Oleh itu, satu mencuba kaedah baru menggunakan
bahan maujud berwarna supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik.
Semasa aktiviti dijalankan, murid
telah diagihkan kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan lidi-lidi berwarna, lembaran
kerja dan soalan tahun-tahun lepas. Murid dikehendaki menggunakan lidi berwarna
untuk membentuk segitiga bagi setiap garis persamaan. Seterusnya, melukis garis
putus-putus atau garis penuh dan seterusnya melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan. Guri memberitahu murid bahawa lidi berwarna dipilih bagi
membezakan antara satu garis dengan garis
yang lain. Guru membimbing pelajar melorek rantau ketaksamaan
menggunakan lidi berwarna.

Murid menjalankan aktiviti main-main lidi berwarna dalam kumpulan
Pemerhatian
Kebanyakan
murid seronok menjalankan aktiviti ini. Murid
berebut-rebut meletakkan lidi berwarna pada garis untuk membentuk segitiga. Terbukti
lidi berwarna ini membantu mereka melukis garis dan melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan dengan pantas dan tepat.
Refleksi
Saya harus memberi penekanan kepada
aktiviti ini kerana setelah faham konsep ketaksamaan, murid-murid nampak lebih
bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan mereka secara
berkumpulan.
Aktiviti 3: Ujian Kendiri GAS (Guna Apa Saja)
Setiap murid telah dibekalkan dengan 5
soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan soalan percubaan negeri-negeri. Setiap
murid perlu menjawab secara individu. Murid hanya dibenarkan menggunakan alatan
yang boleh dibawa ke dewan peperiksaan sahaja seperti pen, pensil, pembaris
atau lain-lain alat tulis. Murid-murid
juga boleh menggunakan jari-jari tangan mereka atau apa sahaja yang terlintas di fikiran
mereka untuk menggantikan lidi. Ganjaran dalam bentuk hadiah iaitu buku nota
kecil diberikan kepada murid yang mendapat markah tertinggi dalam aktiviti ini.


Murid menggunakan pen, pensil dan
pembaris semasa aktiviti 3 dijalankan.
Pemerhatian
Murid begitu seronok dengan aktiviti
yang dijalankan kerana sebelum ini kaedah yang ditunjukkan dalam buku teks
tidak difahami mereka. Berdasarkan keputusan ujian, didapati kebanyakan murid
dapat melukis garis dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan tepat
dan cepat. Terdapat murid secara sukarela meminta guru memberi lagi soalan
tambahan.
Refleksi
Murid sudah ada keyakinan diri dan
mahir menjalankan aktiviti 3. Aktiviti ini memberi kesan positif kepada murid
supaya selalu bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan sebenar. Murid lebih
berminat untuk menyelesaikan soalan yang diberikan kerana mereka telah mahir
melukis dan melorek rantau ketaksamaan.
5.4 Penilaian
Penilaian terhadap keberkesanan
kajian tindakan ini ditentukan berdasarkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan
Ujian Pasca. Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah set soalan yang sama.
Perbandingan boleh dilihat pada jadual 3 dan jadual 4.
Jadual 3: Perbandingan UjianPra dan Ujian Pasca berdasarkan
individu.

Jadual 4: Jadual Skor Perbandingan Pencapaian Murid bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca


Berdasarkan
keputusan ujian ini menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid dalam
Ujian Pasca iaitu bilangan murid yang mendapat markah lebih daripada 12
bertambah. Pencapaian prestasi terbaik diberi ganjaran. Dapatan Ujian Pasca
menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Kajian ini telah
berjaya menemui kaedah yang sesuai untuk membantu murid menjawab soalan yang
melibatkan lorekan rantau yang melibatkan ketaksamaan.
5.5 Refleksi Kajian
Setelah melekukan kesemua aktiviti,
terdapat perubahan yang positif dalam diri murid. Pencapaian
pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara Saya dapati murid berminat dalam sub
topik melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. Kaedah ini sangat sesuai kepada pelajar kerana memakan masa yang sangat
singkat dan jawapan yang tepat dapat diperolehi dengan mudah. Mereka
berminat menggunakan bahan-bahan maujud untuk membantu mereka menyelesaikan
soalan yang melibatkan kemahiran melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan.
Kebolehan menggunakan Teknik ‘Lidi oh Lidi’ merupakan salah satu kemahiran
Visual – Ruang.
Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa kaedah ’Lidi oh Lidi’ telah banyak membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di
samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Saya yakin
bahawa Teknik ‘Lidi oh Lidi’ dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian
mereka dalam subjek matematik.
6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya dapati
kajian tindakan ini berjaya membantu saya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan seterusnya memupuk minat murid untuk belajar
Matematik. Saya dapati kaedah baru telah berjaya meningkatkan kemahiran melorek
rantau yang memuaskan ketaksamaan. Memandangkan pelajar mahukan kaedah yang paling mudah dan
senang difahami bagi menyelesaikan sesuatu soalan, saya bercadang untuk
mengaplikasi kaedah ‘lidi oh lidi’ dalam Matematik Tambahan Tingkatan 5 iaitu
topik pengaturcaraan linear bagi melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan
linear.
7. RUJUKAN
1.
Norhamazaini binti Mat Nali (2007). LEGOFORkim: Membantu Penulisan
Formula Sebatian Kimia Dan Persamaan Kimia Yang Seimbang: Penerbitan Matra
Edisi 4, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Idea yang kreatif dan menarik.
ReplyDeleteCikgu, kenapa tak dapat view gambar aktiviti? Boleh minta tlg cikgu tunjukkan gambarajah supaya lebih jelas ttg aktiviti yg dijalankan, TQ!
ReplyDelete